suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model jelita pandu Mercedes suami, meninggal dunia akibat langgar lori

Viktoria disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SEORANG wanita maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Odessa, Ukraine.

Bekas model itu, Viktoria Danchenko, 27, sedang memandu kereta jenis Mercedes AMG C43 milik suaminya sebelum dia merempuh sebuah Kia Cerato.

Akibat pertembungan itu, kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan sebuah lori berdekatan.

Akibat rempuhan, dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Untuk rekod, wanita itu merupakan isteri kepada Oleh Danchenko iaitu pemain bola Ukraine.

Sepanjang hayatnya, Viktoria terkenal sebagai influencer yang banyak berkongsi video mengenai makanan, percutian dan fesyen.

Dia juga dikenali ramai dengan sikapnya yang suka memandu melebihi had laju. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain