suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 tahun maut dilanggar peluncur salji

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut.

TRAGEDI penuh air mata.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kematian menyayat hati seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, baru-baru ini.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya sedang menjalani latihan luncur salji di pergunungan Perancis.

Ketika kejadian, seorang peluncur salji sedang meluncur laju sebelum terlanggar mangsa.

Sebuah helikopter turut dihantar ke resort ski tersebut, namun mangsa disahkan meninggal ketika diterbangkan ke hospital.

Polis kini melancarkan siasatan ke atas peluncur salji lelaki berusia 40-an atas kematian kanak-kanak berkenaan.

Untuk rekod, mangsa yang berasal dari Britain sedang menjalani latihan bersama empat lagi kanak-kanak lain ketika rempuhan itu berlaku.

Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan pada Isnin ini untuk menentukan punca sebenar kematiannya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain