suria

Wanita temui semula kucing hilang 8 bulan, cam bunyi ‘meow’ dalam panggilan telefon

Kucing bernama Barnaby ditemui semula.

SEORANG ibu kepada tiga anak bertemu semula dengan kucingnya yang hilang selama lapan bulan, selepas mengenali bunyi 'meow' haiwan itu dalam panggilan telefon.

Rachael Lawrence dari Braintree di Essex, United Kingdom, berkata, dia 'mengenali' bunyi meow di latar belakang ketika menghubungi doktor haiwan untuk memeriksa kucingnya yang lain, Torvi, 11 bulan, yang menjalani pembedahan.

Wanita berusia 40 tahun itu kemudian bertanya sama ada Torvi meow tetapi diberitahu, "Tidak, itu hanya seekor kucing jalanan yang kami bawa masuk seminggu lalu".

Kucing miliknya bernama Barnaby yang berusia hampir dua tahun, hilang sejak tahun lalu.

Lawrence berkata, dia menelefon semula doktor haiwan beberapa jam selepas pertama kali mendengar meow itu, sambil menambah: "Ia hanya mengganggu saya kerana saya mengenali bunyi meow tu."

Dia kemudian bertanya sama ada kucing tersebut berwarna hitam dan diberitahu benar, dan bertanya lagi sama ada haiwan itu mempunyai tompok putih pada salah satu kaki belakangnya dan jawapan yang diberikan masih sama - ya.

Susulan itu, Lawrence membawa foto Barnaby, yang diberi nama panggilan Fatman oleh keluarganya, ketika mengambil Torvi dan berkata "saya tahu itu dia".

"Saya menangis. Kami tak jumpa kucing ini selama lapan bulan," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain