suria

Dua maut akibat tsunami, letusan gunung berapi di Tonga

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai. foto AP

KEMENTERIAN Luar dan Perdagangan mengesahkan dua kematian setakat ini susulan letusan gunung berapi dasar laut dan tsunami di Tonga, pada Sabtu.

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai, yang meletus pada Sabtu, terletak kira-kira 65 kilometer utara ibu negara Tonga, Nuku'alofa.

Ketika ini terdapat operasi pembersihan besar-besaran di bandar itu, yang diselubungi debu gunung berapi yang tebal.

Dilaporkan kerosakan serius berlaku di pantai barat Tongatapu dan status darurat telah diisytiharkan.

Kementerian Luar dan Perdagangan mengesahkan dua kematian setakat ini, namun penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Fiji, Jonathan Veitch berkata, masih terdapat kawasan yang belum dihubungi.

Beliau berkata, salah satu kematian membabitkan warga Britain, Angela Glover, yang dilaporkan keluarganya bahawa mangsa maut akibat tsunami.

Glover dipercayai maut ketika cuba menyelamatkan anjingnya di pusat badan amal haiwan yang dikendalikannya. - NZ Herald

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain