suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengadu ais krim terlalu sejuk, pengusaha restoran terpaksa ‘refund’ duit pelanggan

Kata Hassan, pesanan pelanggan tersebut dibuat menerusi platform Just Eat. Foto: Lucky's Oldham.

PENGUSAHA restoran berhadapan banyak cabaran dalam mengemudi perniagaan mereka.

Selain mengekalkan kualiti makanan, mereka turut berhadapan ragam pelanggan yang kadang-kala tak terjangkau dek akal.

Terbaharu, seorang pengusaha restoran terpaksa memulangkan wang pelanggan gara-gara satu aduan yang tidak masuk akal.

Menurut Hassan Habib, seorang pelanggan meminta wang ganti gara-gara ais krim yang dihantar kepadanya terlalu sejuk.

Dia yang menetap di Machester mengakui ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

"Saya faham, kadang-kala kami menghantar makanan yang salah, ada item tak mencukupi.

"Tapi kini, ada orang jahat yang cuba ambil kesempatan sehingga kami berada dalam situasi teruk," ujarnya.

Jelas Hassan, pesanan pelanggan tersebut dibuat menerusi platform pembelian dalam talian, Just Eat.

Dia juga mengakui sudah tidak mampu menjalankan perniagaan menerusi platform itu gara-gara polisi refund yang menindas perniagaannya.

Selain menyelar platform itu, Hassan turut merancang untuk membuat protes bersama lebih 100 pengusaha restoran yang lain. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain