suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer umur 42 tahun enggan pakai bra, jadikan Rihanna sebagai inspirasi

Kata Naomi, pemakaian cara itu mungkin agak mengejutkan di UK, namun ia sudah menjadi kebiasaan di Eropah dan AS.

BENAR kata orang, fesyen itu tiada sempadan.

Tapi ada segelintir individu sanggup bertindak melampau demi memenuhi kengininan fesyen mereka.

Begitu juga kisahnya mengenai influencer berusia 42 tahun ini apabila dia mendedahkan enggan memakai pakaian dalam.

Ujar Naomi Isted, dia selesa dengan cara itu.

Malah, dia turut menjadikan penampilan seksi penyanyi Rihanna sebagai inspirasi utamanya.

"Apabila umur dah mencecah 42 tahun, saya tak mahu pakai bra, tidak kira ketika berjalan di karpet merah atau ketika dalam acara biasa.

"Saya rasa bebas. Ia juga menunjukkan keyakinan saya terhadap tubuh sendiri.

"Kini, lebih ramai wanita mulai selesa dengan diri mereka sendiri," ujarnya lagi.

Tambah Naomi, pemakaian cara itu mungkin agak mengejutkan di United Kingdom (UK), namun ia sudah menjadi kebiasaan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain