SEORANG wanita berusia 48 tahun menggunakan identiti anak gadisnya untuk menyamar sebagai pelajar. Laura Oglesby dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) didakwa menggunakan kad pengenalan anaknya yang berusia 22 tahun sejak 2016. Menurut New York Times, Oglesby turut memperdaya teman lelakinya dengan identiti palsu itu. Selain itu, Oglesby turut merosakkan kehidupan anaknya dengan meninggalkan hutang berjumlah AS$25,000 (RM105,312). Penyamaran itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan ketika sedang memandu. Setelah dibicarakan, Oglesby akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Anaknya yang hanya dikenali sebagai Hays bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbuatan ibunya. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI