suria

Teringin beli yogurt, pemandu sanggup hentikan kereta api dalam perjalanan

Tangkap layar video menunjukkan seorang pemandu memberhentikan kereta api untuk membeli yogurt.

BAYANGKAN seorang pemandu kereta api menghentikan pengangkutan itu dalam perjalanan, semata-mata untuk membeli barang runcit. Kelakar bukan?

Namun itu yang dilakukan oleh seorang pemandu kereta api dari Pakistan.

Pemandu tersebut dan pembantunya digantung tugas selepas mereka menghentikan kereta api tanpa mengikut jadual bagi membeli dahi, sejenis yogurt tradisional.

Video berhubung insiden tular di media sosial.

Dilaporkan, kereta api tersebut berhenti dekat stesen Kanha.

Ketika itu ia dalam perjalanan dari Lahore ke selatan menuju Karachi. - India Times

Artikel Lain