suria

Seorang lelaki cedera digigit 26 kali oleh sekumpulan memerang dalam tempoh 10 saat

Spencer terpaksa mendapatkan rawatan tiga kali.

RUTIN seorang lelaki untuk berjalan setiap hari di Kebun Bunga Singapura bertukar menjadi pengalaman ngeri Selasa lalu (30 Nov) apabila dia digigit sekumpulan memerang.

Graham George Spencer, seorang warga Britain digigit sekumpulan memerang ketika berada berhampiran pintu masuk Taman Serasi.

Spencer, yang mengendalikan sebuah agensi pembantu rumah, berkata dia ternampak kelibat sekumpulan kira-kira 20 memerang ketika sedang berjalannya bersama seorang rakannya.

Ia merupakan kali pertama dia ternampak memerang di Kebun Bunga Singapura sepanjang tempoh lima bulan dia melakukan rutin berjalannya pada setiap pagi.

Ketika menunggu memerang itu melintas, seorang lagi pelari lain berlari di laluan haiwan tersebut menyebabkan memerang tersebut berubah menjad agresif.

Memerang tersebut kemudiannya menyerang Spencer yang masih berada di situ.

Kumpulan memerang tersebut dikatakan, "memukul buku lali dan menolaknya ke lantai".

Ia kemudian melompat ke atas Spencer dan mula menggigit kasut serta sekitar punggungnya selama kira-kira 10 hingga 12 saat.

Rakan Spencer, yang berada tidak jauh di belakangnya kemudian berlari ke arahnya sambil menjerit untuk menakutkan kumpulan memerang itu.

Spencer kemudiannya bangun dan melarikan diri.

“Saya digigt 26 kali dalam masa 10 saat. Jika bukan kerana kawan saya, saya tidak rasa saya masih ada di sini. Saya mungkin sudah mati," ujar Spencer.

Spencer berjalan kaki dengan rakannya ke jabatan kecemasan di Hospital Gleneagles.

Dia diberikan suntikan tetanus (untuk penyakit kejang urat atau otot) dan ubat antibiotik.

Dia juga terpaksa berjumpa doktor sebanyak tiga kali untuk merawat lukanya.

Rawatannya menelan belanja sehingga S$1,200. - Mediacorp.sg

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

memerang, digigit, cedera, berjalan

Artikel Lain