suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar ular sawa dalam sofa baru dibeli

Ular sawa sepanjang 1.5 meter ditemui dalam sebuah sofa. foto facebook.com/ClearwaterPolice

SEORANG lelaki digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter yang bersembunyi di dalam sofa baru dibelinya.

Reptilia itu memasuki perabot di kediamannya di Clearwater, Florida di Amerika Syarikat.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan ular tersebut.

Menurut laporan Fox 13, sofa tersebut dibawa keluar dari rumah bagi membolehkan mereka mengeluarkan ular.

Haiwan yang berjaya dikeluar itu kemudian diserahkan kepada pasukan polis.

Dilaporkan, sofa tersebut baru dibeli oleh lelaki itu, dan kemungkinan ular telah berada di dalamnya semasa dibeli. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain