suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Doktor cinta’ dikecam selepas bagi cadangan agar lelaki tanggung semua kos setiap kali keluar dengan kekasih

Wanita itu percaya bahawa kaum Adam perlu menanggung segala kos dalam percintaan.

SETIAP pasangan bercinta melalui pengalaman berbeza-beza.

Namun, ada juga petua yang boleh diikut agar percintaan yang dibina berkekalan lebih lama.

Terbaharu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai jurulatih percintaan dikecam, gara-gara kenyataannya yang dianggap berat sebelah

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nelly itu, setiap lelaki perlu membayar segala kos ketika keluar makan malam dengan teman istimewa.

Malah, dia percaya bahawa kaum Adam perlu menanggung segala kos dalam percintaan.

Video kenyataan wanita itu turut ditonton lebih 60,000 kali dan dihujani pelbagai komen.

Ada yang bersetuju, tak kurang juga mengecam kenyataan tersebut.

"Lelaki tidak berhutang apa-apa dengan anda. Tambahan lagi jika kamu bar berkenalan," ujar seorang netizen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain