suria

Enggan tanggung kos penerbangan, pemilik tinggalkan anjing tua di lapangan terbang

Seorang anggota polis memegang Bama yang ditinggalkan pemiliknya di lapangan terbang. foto FOX 13 News

SEEKOR anjing tua ditinggalkan di lapangan terbang, selepas pemiliknya enggan membuat bayaran bagi membolehkan haiwan itu menaiki pesawat.

Anjing malang yang bernama Bama sepatutnya menaiki pesawat bersama pemiliknya ke Miami, Amerika Syarikat.

Ia bagaimanapun ditinggalkan selepas pemiliknya menyedari perlu memberi maklumat vaksinasi haiwan itu.

Menurut laporan Fox 13, polis berkata, anjing itu segera ditinggalkan oleh pemiliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa, pada pagi Isnin.

"Dia meninggalkan kaunter dan memberitahu akan membuat aturan lain," kata Ketua Polis Lapangan Terbang Tampa, Charlie Vazquez.

"Dia melepaskan tali dan berlalu pergi, meninggalkan anjing itu bersendirian di lapangan terbang," tambah beliau.

Dilaporkan anjing itu kini dijaga selepas polis lapangan terbang menghubungi Corrin Smith di VIP Rescue.

Smith percaya Bama telah diabaikan sehingga menjadikannya sebagai anjing buangan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain