suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anti vaksin letak gam kuat sekat pintu pusat vaksinasi, lebih 500 orang terlepas janji temu

Lebih 500 orang terlepas janji temu gara-gara pintu pusat vaksinasi terkunci. -gambar hiasan

SEORANG anti vaksin dipenjara kerana meletakkan gam kuat pada kunci pintu di sebuah pusat vaksinasi Covid-19, mengakibatkan 500 orang terlepas janji temu vaksin.

Hayden Brown, 53, dari Gorleston, Norfolk, England mengaku bersalah melakukan jenayah kerosakan pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, dia menuangkan gam kuat ke dalam lubang kunci premis, sehingga pintu tidak dapat dibuka.

Brown juga mengaku membuat kacau ganggu awam dengan menghalang 504 individu daripada menerima dos penggalak Covid-19.

Pertuduhan kedua pula kerana memiliki dadah Kelas B selepas sejumlah ganja ditemui di rumahnya, susulan penahanannya.

Brown dihukum penjara selama tiga bulan.

Terdahulu, Brown ditahan pada Selasa dan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat vaksinasi. - Mirror UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain