suria

Berbasikal ke hospital ketika mula alami kontraksi, ahli parlimen New Zealand selamat bersalin sejam kemudian

Genter merupakan seorang penyokong sukan berbasikal.

SEORANG ahli parlimen New Zealand menjadi tajuk berita antarabangsa selepas dia berbasikal ke hospital untuk melahirkan bayi, pada Ahad.

Menerusi catatan di media sosialnya, Julie Anne Genter menunggang basikalnya pada awal pagi Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mula mengalami sakit hendak bersalin.

Genter tiba di hospital dengan selamat dan melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sejam kemudian.

Genter yang merupakan seorang penyokong sukan berbasikal, menulis di dalam perkongsian di Instagram bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk berbasikal ketika mahu melahirkan bayi.

Jelas ahli parlimen yang berusia 41 tahun itu, sebaliknya insiden tersebut berlaku secara spontan.

Genter memberitahu bahawa kontraksinya 'tidak begitu teruk' pada peringkat awal.

Bagaimanapun, kontraksi semakin kuat apabila dia tiba di hospital kira-kira 10 minit kemudian.

"Pada pukul 3.04 pagi ini, kami mengalu-alukan ahli keluarga terbaru. Saya benar-benar tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi ia akhirnya berlaku," tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram beberapa jam kemudian, Genter turut memuat naik gambar suami dan bayinya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia