suria

Penumpang beri susu badan pada kucing di atas kapal terbang

Penumpang beri susu badan pada kucing di atas kapal terbang. (Gambar : File)

PENUMPANG dalam penerbangan ke Atlanta, Amerika Syarikat, dikejutkan dengan tindakan seorang wanita memberi susu badan kepada kucingnya.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam penerbangan Delta Air DL1360 ke Atlanta.

Tangkap layar gambar mesej yang diterima melalui Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat yang berbunyi: "Req Redcoat bertemu AC Pax (penumpang) di (tempat duduk) 13A sedang menyusukan kucing dan tidak mahu memasukkan kucing kembali ke dalam carriernya apabila FA (pramugari) memintanya berbuat demikian”.

Menurut Daily Star, "Req Redcoat meet" bermakna juruterbang mempunyai ahli pasukan darat Delta's Redcoat yang akan bertemu dengan penumpang berkenaan selepas mendarat.

Mesej itu dikongsi di Twitter dengan kapsyen: "Seseorang baru sahaja menghantar mesej kepada saya ini... apa sebenarnya berlaku?"

Delta Airline mengetatkan peraturan mengenai haiwan di atas kapal selepas terdapat peningkatan sehingga 84 peratus dalam insiden yang melibatkan haiwan sokongan emosi.

Majoriti kejadian ini melibatkan haiwan yang berkelakuan tidak baik.

Anjing dan kucing kecil dibenarkan dalam penerbangan Delta tetapi mesti kekal dalam carrier dan di bawah tempat duduk di hadapan sepanjang penerbangan.

Haiwan sokongan emosi telah terbukti memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah kesihatan mental seperti PTSD, kebimbangan dan kemurungan. - The Sun UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

susu badan, kucing, kapal terbang, atlanta

Artikel Lain