suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dakwa CCTV rumahnya berjaya rakam penampakan ‘hantu anjing’

Jake DeMarco mendakwa anjing peliharaannya, Ryder bermain dengan 'hantu anjing' (dalam bulatan) di laman belakang rumahnya.

TULAR di media sosial sebuah klip video memaparkan penampakan 'hantu anjing' yang didakwa dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang lelaki Australia, Jake DeMarco, mendakwa anjing peliharaannya, Ryder bermain dengan 'hantu anjing' di laman belakang rumahnya di Melbourne.

Klip tersebut dimuat naik di laman YouTube oleh Agensi Berita Caters dan telah menjadi tular dengan meraih jutaan tontonan.

Menerusi klip berdurasi 31 saat itu, ia memaparkan Ryder sedang mengejar seekor anjing putih yang kelihatan 'lut sinar' di laman rumah DeMarco.

Anjing-anjing itu berlari-lari di kawasan berpagar dan beberapa saat kemudian, 'hantu anjing' itu ghaib.

Jake berkata dia benar-benar terkejut apabila melihat video tersebut menerusi CCTV.

Sebab utamanya, ini kerana halaman belakang rumahnya itu dipasang pagar tinggi dan berkunci.

Oleh itu adalah mustahil untuk mana-mana anjing melompat ke melepasinya.

Netizen bagaimanapun sukar mempercayai rakaman berkenaan kerana berpendapat mustahil seekor anjing menjadi 'hantu'. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain