suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak jati Turki dinobat sebagai wanita paling tinggi di dunia

Gadis itu mengakui pengiktirafan berkenaan ternyata memberi kekuatan untuk dia meneruskan hidupnya. Foto: PA.

RUMESYA Gelgi dari Karabük, Turki dinobatkan sebagai wanita paling tinggi di dunia.

Pengiktirafan itu dibuat oleh Buku Rekod Guiness selepas Rumesya disahkan memilili ketinggian 214 sentimeter (sm).

Rumesya memiliki ketinggian luar biasa kerana menghidap keadaan genetik ganjil yang disebut sebagai sindrom Weaver.

Sindrom itu menyebabkan ketinggiannya meninggkat secara tidak normal.

Dalam pada itu, ia bukanlah pengiktirafan pertama yang diberikan kepadanya.

Rumesya sebelum ini pernah dinobatkan sebagai remaja paling tinggi di dunia, pada tahun 2014.

Disamping pengiktirafan itu, Rumesya turut menggunakan popularitinya untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai sindrom yang dialaminya.

Disebabkan keadaan genetik itu, dia kadang-kala terpaksa dibantu untuk berjalan dan turut menggunakan kerusi roda.

Pernah menjadi mangsa buli, gadis itu mengakui pengiktirafan berkenaan ternyata memberi kekuatan untuk dia meneruskan hidupnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain