suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempah iPhone tapi dapat sabun, pembeli kecewa jadi mangsa penipuan online

Pembeli itu menerima dua ketul sabun dalam kejadian pada 4 Oktober lalu.

BUKAN kali pertama, sebaliknya sudah acap kali kes penipuan pembelian peranti Apple iPhone dilaporkan.

Bukan sahaja di negara lain, malah ia juga pernah berlaku di negara kita.

Kali ini, seorang lelaki dari India kecewa apabila ditipu ketika membeli iPhone 12 yang ditempah secara dalam talian.

Menurut Simranpal Singh, dia menyedari ditipu selepas membuka kotak peranti berkenan yang dihantar ke alamatnya.

Bungkusan yang dinanti dengan penuh teruja itu bagaimanapun hanya memberi kekecewaan apabila ia diisi dengan dua ketul sabun.

Kejadian itu berlaku pada 4 Oktober lalu.

Setelah membuat aduan kepada laman pembelian dalam talian, dia akhirnya menerima semula wang berjumlah RM2,922 yang dibayarnya ketika membeli peranti itu. - India Times.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain