suria

Pelancong cemas... belon udara panas tersangkut pada pokok, tiba-tiba langgar muzium

Kejadian di Itali itu berlaku pada Isnin lalu.

HASRAT sekumpulan pelancong menikmati panorama indah tergendala apabila belon udara panas dinaiki mereka melanggar bangunan sebuah muzium.

Menerusi kejadian di Voltiano Temple, Como, Itali pada pagi Isnin, belon tersebut hilang kawalan ketika ia mula diterbangkan.

Ia tersangkut pada sebatang pokok sebelum terbang lebih tinggi dan merempuh binaan ikonik berusia 94 tahun itu.

Kejadian itu turut menyebabkan sebuah arca pada bumbung bangunan tersebut jatuh selepas dilanggar belon tersebut.

Difahamkan, belon tersebut gagal mencapai ketinggian yang sepatutnya ketika ia mula diterbangkan, menyebabkan ia melanggar bangunan bersejarah tersebut.

Bagaimanapun, tiada individu cedera dalam kejadian tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain