suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Digelar Eggman, lelaki cipta rekod dunia imbangi 735 butir telur guna topi

Gregory mengimbangi kesemua 735 butir telur yang disusun di atas topi dan diletakkan di atas kepalanya.

BUKAN biasa-biasa!

Seorang lelaki dari Benin, Afrika Barat mengkagumkan ramai dengan bakat luar biasanya apabila berjaya membawa 735 butir telur di atas topi.

Gregory Da Silva mengimbangi kesemua 735 butir telur yang disusun di atas topi dan diletakkan di atas kepalanya.

Halaman Instagram rasmi Guinness World Records (GWR) berkongsi video aksi menakjubkan lelaki berkenaan yang kemudiannya menjadi tular.

"Gregory menghabiskan tiga hari memasukkan telur ke dalam topinya untuk mencipta rekod keseimbangan bagi rancangan GWR Khas di China," demikian kapsyen pada video tersebut.

Digelar 'Eggman', Gregory sememangnya seorang personaliti tempatan yang terkenal.

Dia juga telah mengembara ke seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mengimbangkan telur bahkan telah muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain