suria

Pemandu teksi gagal saman syarikat larang pakai baju tradisional

Seorang pemandu teksi gagal menyaman syarikat teksi atas larangan memakai pakaian tradisional. — AGENSI.

SEORANG pemandu teksi Muslim di Leeds, England gagal menyaman sebuah syarikat teksi setelah beliau dilarang memakai pakaian tradisional dan harus memakai pakaian smart western atau barat mengikut etika kod berpakaian.

Tuntutan pemandu teksi terbabit, Zulquarnain Ali ditolak mahkamah atas alasan beliau bukannya pekerja syarikat teksi tersebut.

Mengikut fakta kes, Zulquarnain adalah pemandu teksi berpengalaman yang mempunyai lesen di bawah Leeds Council, dan beliau bertanggungjawab menjemput pelanggan selain mengakses sistem tempahan milik Leeds Taxi Owners Ltd bagi mendapatkan pelanggan.

Zulquarnain mendakwa, beliau didiskriminasi atas alasan agamanya kerana tidak dibenarkan memakai shalwar kameez -pakaian tradisional yang dipakai di negara-negara Asia Selatan – yang memudahkannya mengunjungi masjid dan solat dengan mudah.

Shalwar kameez adalah pakaian kebangsaan Pakistan yang terdiri daripada seluar panjang dan jubah.

Disebabkan itu, syarikat Leeds Tazi Owners Ltd bertindak menggantung tempahan pelanggan ke atas pemandu teksi terbabit buat sementara waktu, atas sebab beliau melanggar kod etika berpakaian ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Mumia singa masih elok setelah 28,000 tahun

Semasa pendengaran kes, pelanggan syarikat teksi itu turut membantah pemakaian shalwar kameez dan mahu beliau memakai pakaian barat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Begitupun, Hakim Davies memutuskan Ali tidak dapat meneruskan tuntutannya kerana beliau bukan pekerja syarikat itu.

“Saya dapati Ali adalah pemandu kereta Hackney dan memiliki akaun perniagaan sendiri.

“Beliau boleh bekerja pada bila-bila masa hanya untuk mengambil upah. Beliau juga boleh turun ke lapangan dan menjemput penumpang, bergabung dengan syarikat teksi atau berhenti jika ada yang tidak berpuas hati,” katanya menurut laporan Daily Mail.

Sebelum ini, Ali turut terbabit dalam kes pelanggaran kod etika pemakaian pada tahun 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain