suria

Bingung kewujudan 'telur dinosaur' misteri, netizen desak panggil Ghostbusters

KEWUJUDAN 'telur dinosaur' misteri itu membingungkan Amy. — AGENSI.

SEORANG ibu berada dalam situasi bingung apabila menjumpai ‘telur misteri’ berdekatan almari pakaian anaknya.

Untuk mendapat kepastian, Amy berkongsi perkara itu bersama rakannya sebelum dimuatnaik di laman sosial Facebook hingga menyebabkan ada reaksi yang memberikan amaran supaya tidak menyentuh objek berkenaan.

Seperti yang dilaporkan Daily Star, keluarga itu baru saja berpindah ke rumah itu dan mereka tidak pernah tahu sama ada ‘telur misteri’ tersebut sudah pun ada atau pun baru saja wujud.

ARTIKEL BERKAITAN: Mumia singa masih elok setelah 28,000 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bogel ceroboh bilik, wanita ini nekad saman hotel

Ada pengguna internet tampil dengan teori yang mengerikan apabila membuat spekulasi yang objek berkenaan adalah telur dinosaur dan turut beri ingatan supaya tidak menyentuhnya.

Menerusi muat naik di laman Family Lowdown Tips & Ideas, posting berkenaan berbunyi: “Objek ini berada di almari pakaian anak lelaki kawan saya. Mereka tidak tahu adakah objek itu sudah lama ada di situ atau mungkin ia baru saja wujud.

“Ada sesiapa tahu? Dan apa mereka patut lakukan?” tulis posting itu.

Ada juga kerisauan mengatakan ‘telur’ itu adalah sarang labah-labah malah ada yang mengemukakan pendapat aneh.

“Jika seribu tahun lalu, saya boleh katakan ia telur dinosaur,” menurut salah satu komen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Suami saya bekerja dalam bidang kawalan serangga dan dia percaya itu adalah sarang telur labah-labah. Kamu boleh sedut dan selepas itu guna penyembur serangga.”

“Jika ia labah-labah, sarang berkenaan akan berada di sana lebih lama.”

“Oh tidak, saya tidak akan sentuh. Panggil Ghostbusters dengan segera!” desak beberapa netizen.

Bagaimanapun, di sebalik kerisauan netizen, bapa mentua Amy akhirnya mendapati kewujudan objek berkenaan sebenarnya adalah tompokan buih yang berpunca daripada atap rumah yang bocor dan mendap. – Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

telur, misteri, dinosaur, Ghostbusters

Artikel Lain