suria

Mumia singa masih elok setelah 28,000 tahun

JASAD singa itu masih elok kerana tertanam dalam ais.— AGENSI.

SEKUMPULAN penyelidik menemukan mumia singa berusia 28,000 tahun yang masih elok di Siberia.

Penyelidik mendakwa mumia itu merupakan mumia yang berada dalam keadaan 'sempurna' pernah dijumpai.

Menurut laporan CNN, jasad singa itu masih elok kerana tertanam dalam ais. Bulu singa itu kusut dan berlumpur tetapi tidak rosak.

Malahan, gigi, kulit, tisu lembut dan organ haiwan itu sama sekali tidak mereput.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 singa dalam zoo dijangkiti Covid-19, gajah turut jalani ujian saringan

ARTIKEL BERKAITAN: 4 singa di Barcelona positif Covid-19, punca jangkitan masih misteri

Cakarnya juga masih tajam sehingga mampu menusuk jari salah seorang penyelidik yang mengkaji spesimen mumia tersebut.

Singa terbabit merupakan spesis singa gua serta mempunyai kaitan dengan singa Afrika yang masih wujud namun berukuran lebih besar.

Singa itu dinamakan sebagai Sparta oleh penyelidik dan penemuannya sangat penting kerana singa gua sudah pupus. Singa gua dikatakan mempunyai habitat di bahagian hemisfera utara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut profesor di Center for Palaeogenetics di Stockholm, Sweden, Dr. Love Dalen, beliau masih belum mengenalpasti punca kematian Sparta dan sehingga kini, tiada tanda haiwan itu dibunuh oleh pemangsa.

Jelas Dalen, Sparta berkemungkinan mati disebabkan oleh tanah runtuh atau terjatuh ke dalam lapisan ais. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

singa, mumia

Artikel Lain