suria

Golongan kayangan lebih mudah terpedaya dengan mitos vaksin

26% daripada golongan yang mempunyai pendapatan tahunan AS$100,000 percaya dengan mitos mengenai vaksin. - AGENSI

GOLONGAN berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai golongan kayangan merupakan kumpulan yang lebih mudah mempercayai mitos mengenai vaksin berbanding golongan berpendapatan rendah di Amerika Syarikat, menurut satu tinjauan.

Satu tinjauan telah dijalankan oleh Covid States Project ke atas 20,669 rakyat Amerika Syarikat dengan bertanyakan mengenai empat mitos mengenai vaksin iaitu boleh menyebabkan kemandulan, mengubah DNA, mengandungi alat pengesan dan tisu daripada janin yang digugurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Polis beri amaran kepada penyebar berita palsu berkaitan vaksin Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat cerita palsu kematian akibat suntik vaksin, ramai desak Mak Teh munculkan diri! - “Wahai Mak Teh air kelapa, kita perlu bincang”

26% daripada golongan yang mempunyai pendapatan tahunan AS$100,000 percaya dengan sekurang-kurangnya satu daripada kesemua mitos tersebut berbanding 22% individu yang berpendapatan kurang dari AS$25,000. Mereka yang berada di kelas pertengahan pula adalah antara 16% dan 19%.

Menurut tinjauan itu lagi, satu perempat daripada penyokong parti Republikan percaya dengan mitos tesebut berbanding hanya 18% penyokong Demokrat.

Dari segi umur, 9% daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas percaya dengan salah satu mitos berkenaan, diikuti dengan individu berusia 45 hingga 64 tahun (17%) dan mereka yang berumur antara 18 hingga 24 tahun (22%).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka yang berumur 25 hingga 44 tahun merupakan golongan yang paling tinggi mempercayai mitos mengenai vaksin dengan 29% daripada responden percaya dengan salah satu mitos tersebut.

Secara keseluruhan, 20% responden yang terlibat percaya dengan sekurang-kurangnya satu mitos mengenai vaksin manakala 51% mengatakan bahawa mereka tidak pasti.

Menurut Covid States Project lagi, golongan yang bergantung kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat tentang vaksin mempunyai kadar vaksinasi yang jauh lebih rendah daripada mereka yang menggunakan sumber lain. - Bloomberg

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

mitos, vaksin, covid-19

Artikel Lain