suria

Tak peduli kecaman ‘haters’, nenek berusia 61 tahun bertunang dengan kekasih 37 tahun lebih muda

Pasangan ini dipisahkan jurang usia hampir empat dekad.

SUNGGUHPUN jurang usia mereka hampir empat dekad, namun seorang nenek berusia 61 tahun dan kekasihnya yang berusia 24 tahun mengambil keputusan untuk bertunang.

Quran McCain, 24, bertemu dengan Cheryl ketika dia berusia 15 tahun di restoran makanan segera Dairy Queen di Georgia, Amerika Syarikat.

Ketika itu McCain bekerja di restoran tersebut di mana anak lelaki Cheryl, Chris adalah pengurusnya.

Bagaimanapun ketika itu tiada sebarang perasaan istimewa yang timbul, sehinggalah November tahun lalu.

"Walaupun agak jauh jurang usia, kami tidak pernah memikirkannya kerana Cheryl mempunyai semangat, jiwa dan hati yang sangat muda.

"Saya rasa salah faham terbesar orang ramai adalah kerana menganggap saya hanya mahu mempergunakan atau menunggu untuk dimasukkan ke dalam wasiat Cheryl," kata McCain.

Sementara itu Cheryl yang juga nenek kepada 17 cucu itu bangga dan tidak segan berkongsi video romantisnya bersama McCain, malah langsung tidak mempedulikan kecaman yang dilontarkan warga maya.

Pasangan ini juga mempunyai akaun TikTok bersama yang mempunyai lebih daripada 826,000 pengikut. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain