suria

4 singa dalam zoo dijangkiti Covid-19, gajah turut jalani ujian saringan

Di zoo yang sama, seekor singa jantan bernama Pathbanathan, berusia 12 tahun mati kerana Covid-19.

EMPAT ekor singa di Taman Zoologi Arignar Anna di Vandalur, Tamil Nadu diuji positif Covid-19.

Hasil penjujukan genom ke atas sampel empat ekor singa itu mendapati mereka tergolong dalam kumpulan Pangolin B.1.617.2 dan merupakan varian Delta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada 11 Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan garis keturunan B.1.617.2 sebagai varian yang membimbangkan, kata wakil pengarah zoo itu.

Di zoo yang sama, seekor singa jantan bernama Pathbanathan, berusia 12 tahun mati kerana Covid-19 minggu ini.

Ia merupakan kejadian kedua yang melanda zoo itu selepas ia kehilangan seekor singa betina berusia sembilan tahun akibat wabak sama pada 3 Jun.

Pihak berkuasa di sana juga telah menguji puluhan gajah untuk virus tersebut di sebuah hutan simpan.

Sementara itu, zoo utama di Sri Lanka pada Jumaat memohon bantuan India untuk merawat seekor singa yang didapati positif Covid-19.

Ia merupakan kejadian pertama seumpamanya di Sri Lanka. - India Times.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain