suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar remaja Sindrom Down disunting dalam buku tahunan sekolah, pengetua tampil mohon maaf

Gambar asal Morgyn (gambar kecil) dan gambar pasukan sorak sekolah yang disunting tanpa pengetahuan gadis tersebut.

SEORANG remaja perempuan Sindrom Down meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya bersama pasukan sorak yang dimuatkan dalam buku tahunan sekolah, disunting tanpa pengetahuannya.

Morgyn Arnold, 14, merupakan salah seorang ahli pasukan sorak sekolahnya, Shoreline Junior School di Utah, Amerika Syarikat dan juga menjadi pengurus bagi pasukan berkenaan.

Namun dia kemudian mendapat tahu bahawa suntingan dilakukan apabila wajahnya 'hilang' pada satu daripada dua gambar dalam buku tahunan sekolahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Morgyn mungkin ada pilihan untuk marah, tetapi sebaliknya dia memilih untuk menjadi seorang yang memahami dan pemaaf.

"Gadis-gadis dalam pasukan tersebut adalah rakannya, dan mereka sangat memberikan sokongan atas apa yang terjadi.

"Kita semua dapat belajar dari Morgyn bagaimana dia menangani apa yang berlaku kepadanya dengan sikap positif," kata kakak kepada gadis berkenaan, Jordyn.

Selepas insiden tersebut tular, pengetua sekolah kemudian tampil memohon maaf. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain