suria

Pasangan suami isteri upah 4 pengawal keselamatan, 6 anjing jaga dua pokok mangga paling mahal di dunia

Pohon mangga Miyazaki milik sepasang suami isteri tersebut dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan juga anjing.

PASANGAN suami isteri dari Madhya Pradesh, India mengupah empat pengawal keselamatan dan enam anjing hanya untuk menjaga dua pokok mangga milik mereka.

Mungkin ia menimbulkan rasa aneh, namun dua pohon mangga yang mempunyai tujuh biji buah itu bukan mangga biasa seperti yang didapati di pasaran.

Sebaliknya, buah mangga tersebut adalah daripada jenis yang paling sukar didapati dan paling mahal di dunia yang dikenali sebagai mangga Miyazaki atau mangga Miyazaki Jepun.

Pasangan Rani dan Sankalp Parihar menanam anak pokok mangga tersebut yang dibeli daripada seorang lelaki beberapa tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada awalnya, mereka juga kehairanan apabila melihat warna buah mangga tersebut yang nyata berlainan daripada biasa, sebelum membuat penyelidikan dan mengetahui spesies sebenar buah berkenaan.

Tindakan mengupah pengawal keselamatan diambil selepas buah mangga mereka pernah dicuri selepas ramai yang mengetahui mengenainya.

Mereka mahu melindungi buah mangga tersebut agar dapat menghasilkan lebih banyak anak pokok.

Pasangan itu juga mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk menjual buah mangga Miyazaki buat masa ini. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain