suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1 jejaka untuk dua wanita, pasangan kembar tak kisah berkongsi tunang

Kembar itu baru-baru ini mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ben Bryne.

IDEA yang tidak masuk akal.

Namun itulah yang berlaku terhadap pasangan kembar seiras dari Perth, Australia ini yang bertunang dengan seorang lelaki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anna dan Lucy DeCinque berkata, mereka mahu hamil dan menjadi ibu kepada bayi masing-masing.

Kata pasangan kembar berusia 35 tahun itu, mereka juga mahu membesarkan anak bersama-sama.

"Kami akan jaga anak masing-masing. Anak kamu merupakan anak saya, begitu juga sebaliknya," kata kembar itu menerusi satu video.

Kembar itu baru-baru ini mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ben Bryne.

Selain ahli keluarga dan ibu kembar itu yang kurang setuju dengan idea berkenaan, penonton televisyen yang menyiarkan kisah mereka juga turut meluahkan pendapat sama.- Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain