suria

Wajah gelandangan diratah ‘zombie’ , reaksinya selepas serangan memang tidak disangka

Wajah Ronald Poppo selepas diserang (kiri), manakala foto kanan wajah terkininya. foto Getty Images/ Daily Star

SEORANG lelaki berdepan kejadian mengerikan apabila wajahnya diratah oleh seorang kanibal 'zombie'.

Insiden serangan yang berlaku di Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2012 itu menggemparkan orang ramai.

Berita-berita utama melaporkan Ronald Poppo hilang mata kiri, hidung dan sebahagian besar kulit di mukanya, apabila seorang lelaki bogel menyerangnya tanpa sebab.

Beberapa orang awam menyaksikan serangan mengerikan itu, termasuk seorang pegawai polis Florida yang menembak mati penyerang Rudy Eugene berusia 31 tahun.

Dalam kejadian itu, Eugene yang dalam keadaan bogel menggunakan giginya untuk menyiat kulit Poppo, sehingga menyebabkan mangsa buta.



Wajah Poppo sebelum kejadian. foto Getty Images North America/ Daily Star

Saksi-saksi dilaporkan melihat Eugene bergayut pada sebatang tiang lampu sebelum pergi ke jalan di Miami.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Satu video yang dimuat naik oleh pihak hospital secara dalam talian, menunjukkan kesan kecederaan yang dialami Poppo selepas insiden hampir setahun kemudian.

Poppo terlantar di hospital selama hampir sebulan akibat serangan itu, sebelum berpindah ke pusat rawatan jangka panjang.

Lelaki berusia 66 tahun masih memerlukan penjagaan kesihatan disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Poppo yang buta akibat kejadian itu bagaimanapun tidak menyalahkan penyerang berkenaan.

Pengurus jururawat, Adolfa Sigue berkata,"Satu-satunya perkara yang selalu dia (Poppo) katakan adalah, Saya yakin lelaki itu mengalami hari yang buruk pada hari itu." - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain