suria

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza, kali kedua sejak gencatan senjata

Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada lewat malam Khamis. Foto: Reuters

ISRAEL melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, kali kedua sejak gencatan senjata diumumkan 21 Mei lalu bagi mengakhiri pertempuran 11 hari sebelum ini.

Serangan pada lewat malam Khamis itu adalah sebagai tindak balas pelancaran belon api pejuang Palestin di wilayah berkenaan.

Menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF), serangan tersebut melibatkan beberapa sasaran di bandar Gaza dan Khan Yunis di selatan Gaza.

Terdahulu pada Rabu, Israel turut melakukan serangan udara yang menyasarkan fasiliti Hamas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setakat ini, tiada laporan kematian dan kecederaan dilaporkan akibat serangan udara rejim Zionis itu.

Pada bulan lalu, rejim Zionis mencapai persetujuan dengan Hamas untuk melaksanakan gencatan senjata setelah pertempuran berlarutan selama 11 hari sehingga mengorbankan kira-kira 257 rakyat Palestin termasuk 66 kanak-kanak. - The Guardian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Israel, rejim Zionis, Gaza, serangan udara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain