suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja zoo maut diserang harimau selepas pagar elektrik dimatikan

Seorang pekerja zoo maut diserang seekor harimau Siberia. foto Seaview Predator Park

SEORANG pekerja zoo yang berpengalaman maut diserang seekor harimau Siberia yang melompat pagar elektrik yang dimatikan untuk penyelenggaraan.

Jurucakap Seaview Predator Park berkata: "Kami amat dukacita mengesahkan kematian pekerja kami David Solomon selepas dia diserang oleh seekor harimau Siberia.

"Pagar elektrik di kandang harimau Siberia kami Jasper dan Jade sedang diperbaiki ketika Jasper melompat pagar untuk keluar.

"Malangnya ketika kejadian, David berada di lorong antara dua kandang harimau yang ketika itu sedang berjalan ke arah bekalan air," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah jurucakap, David cuba untuk memanjat pagar kandang yang berlainan bagi menyelamatkan diri tetapi ditarik oleh Jasper.

Menurut laporan, harimau itu membaham David, namun punca kematian pekerja berkenaan dikatakan disebabkan patah leher.

Susulan kejadian itu, pengurus taman mengisytiharkan kecemasan dan meminta orang awam untuk meninggalkan kawasan berkenaan. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain