suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar ribuan lebah ‘kerumun’ BMW

Keadaan sebuah kereta yang dikerumuni ribuan lebah. foto Michael Hewitt/ MEN

VIDEO tular menunjukkan ribuan lebah 'bersarang' pada sebuah kereta BWW yang diletakkan di luar sebuah bangunan pejabat.

Keadaan pelik itu menggemparkan orang awam.

Menerusi satu klip video, sekumpulan lebah memenuhi tingkap belakang kenderaan itu di St James Square di Manchester, United Kingdom.

Menurut laporan Manchester Evening News, orang ramai berkumpul untuk melihat kejadian luar biasa itu pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang penjaga lebah kemudian tiba di tempat kejadian dan cuba untuk memasukkan lebah-lebah itu ke dalam sebuah kotak kadbod.

Dilaporkan ketika kejadian, pemilik BMW itu belum kembali ke keretanya.

Pemilik kereta, Michael Hewitt, 55, hanya menyedari perkara itu selepas makan tengah hari, apabila mendapati kekecohan berlaku di luar bangunan pejabatnya. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain