suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru muzik palsukan keputusan ujian Covid-19 untuk ke luar negara

Phillip Cunningham ketika meninggalkan Mahkamah Majistret Birmingham. foto Birmingham Live/BPM MEDIA

SEORANG guru muzik mengaku membuat pemalsuan keputusan ujian negatif Covid-19 dalam cubaannya untuk menaiki pesawat ke Mesir.

Phillip Cunningham, 33, menggunakan keputusan ujian yang disahkan dari awal tahun ini, tetapi mengubahnya untuk menjadikannya lebih terkini.

Dia mengemukakan dokumen itu dalam format PDF di Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom.

Menurut laporan Birmingham Live, seorang petugas syarikat penerbangan Egytaor mengesan terdapat nombor yang hilang dalam sijil keputusan itu sebelum menghubungi polis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Susulan insiden pada 4 Mei lalu, guru dari Kings Norton, Birmingham membuat pengakuan berhubung kesalahan itu.

Cunningham mengaku bersalah atas kesalahan pemalsuan dokumen, di Mahkamah Majistret Birmingham pada 4 Jun.

Dia kemudian mengesahkan telah memperoleh keputusan ujian negatif terkini Covid-19.- Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain