suria

Padah nak tunjuk senjata, tertembak rakan sendiri

Alec Augustino Braz didakwa kerana kesalahan menggunakan senjata api. foto Woburn Police Department

SEORANG lelaki secara tidak sengaja tertembak rakannya di bahagian leher ketika menunjukkan senjata baharunya.

Tindakan Alec Augustino Braz, 22, menyebabkan rakannya yang berusia 19 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada Sabtu.

Menurut laporan Newsweek, polis menahan Braz atas pelbagai kesalahan senjata api, sejurus selepas dia mendapat lesen untuk membawa pistol.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jabatan Polis Woburn dekat Boston di Massachusetts di Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Braz disyaki melepaskan senjata api dalam jarak 500 kaki dari sebuah bangunan, tempatan penyimpanan senjata api yang tidak sesuai.

Dia juga disabitkan kesalahan kerana melakukan kesalahan menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan, mangsa terselamat dalam kejadian itu. -Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain