suria

Wanita terseksa, alami masalah gigi reput walaupun usia masih muda

Dia turut berkongsi masalah yang dialaminya menerusi video TikTok sehingga tular.

SEORANG wanita berusia 24 tahun kecewa apabila dia mengalami masalah gigi reput sejak beberapa tahun lalu.

Kata Brooke Johnson dari Clinton, Utara Carolina, Amerika Syarikat (AS), kejadian pertama berlaku ketika dia berusia 16 tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia berkongsi masalah yang dialaminya menerusi video TikTok.

Dalam video itu, dia berkongsi gambarnya ketika kecil dengan senyuman menawan tanpa masalah gigi.

"Saya cuma mahu tunjukkan kepada anda senyuman yang saya pernah ada suatu masa lalu," ujarnya.

Video yang menerima lebih 20, 000 tontonan itu turut dihujani dengan komen-komen kata semangat buatnya. - Daily Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Sebelum

Artikel Lain