suria

6 mayat separuh bogel digantung pada jambatan, apa sebenarnya yang berlaku?

Seramai individu telah terbunuh di kawasan itu sejak awal tahun.

ENAM mayat ditemui tergantung dalam keadaan separuh bogel di sebuah bandar yang sedang bergolak di Mexico.

Mayat-mayat itu ditemui di sebuah jambatan di Zacatecas, utara Mexico pada Khamis yang mana sedang berlakunya pertembungan antara kartel di kawasan itu.

Pejabat Peguam Negeri berkata, kesemua mayat digantung dalam keadaan separuh bogel dan siasatan kes itu juga sudah dimulakan.

Zacatecas kini sedang berada dalam keadaan huru-hara selepas berlakunya keganasan sejak beberapa bulan lalu.

Ia susulan pertembungan antara kartel Sinoloa dengan kartel Jalisco New Generation dalam usaha merebut penguasaan laluan pemerdagangan.

Sehingga kini, 536 individu telah terbunuh di kawasan itu sejak awal tahun.

Malah, ia menunjukkan peningkatan 57 peratus kematian berbanding tempoh sama pada tahun lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain