suria

Virus Marburg lebih mudah dijangkiti dan tersebar, WHO laung amaran awal

WHO mengesahkan kematian seorang lelakidi Guineea adalah disebabkan virus Marburg yang lebih mudah dijangkiti serta tersebar secara meluas. — AGENSI.

BELUM pun reda ancaman Covid-19, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran awal berhubung kewujudan semula virus Marburg yang dikatakan lebih mudah dijangkiti serta berpotensi untuk tersebar lebih meluas.

Amaran itu dikeluarkan susulan kematian seorang lelaki di Guinea, Afrika Barat selepas dijangkiti virus terbabit.

Individu terbabit, lapor Insider, mengalami pendarahan dalaman serta kegagalan fungsi organ sebelum maut.

ARTIKLE BERKAITAN: Perbezaan usia, tinggal di negara berbeza tidak halang pasangan ini jalin cinta jarak jauh

ARTIKLE BERKAITAN: Jururawat keras kepala, masih enggan disuntik vaksin meskipun ibu bapa mati akibat Covid-19

WHO pada Isnin mengesahkan bahawa lelaki terbabit mati disebabkan jangkitan virus terbabit yang mudah berjangkit dan berpotensi untuk tersebar jauh dan meluas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

WHO berkata, virus tersebut dipercayai berpunca daripada kelawar buah, sebelum disyaki boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan dan cecair badan.

Gejala awal virus tersebut adalah demam secara tiba-tiba dan sakit kepala. Pendarahan dalaman akan berlaku dalam tempoh tujuh hari.

WHO meletakkan kadar kematian bagi virus ini pada tahap 24 dan 88 peratus.

Virus Marbung dikatakan berasal dari kumpulan keluarga yang sama dengan virus Ebola yang mempunyai kadar kematian sehingga 50 peratus.

Ia pertama kali dikesan pada 1967 selepas sekumpulan saintis yang bekerja di sebuah makmal di Marburg dan Frankfurt, Jerman tiba-tiba jatuh sakit.

Secara keseluruhannya 32 orang dijangkiti virus tersebut dengan tujuh kematian direkodkan setakat ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain