suria

Influencer jadi umpan sebar dakyah antivaksin, Facebook sekat ratusan akaun

Antara dakyah antivaksin yang tersebar di media sosial sejak tahun lalu.

PENYEBARAN berita palsu dan maklumat antivaksin tentang Covid-19 sejak akhir-akhir ini semakin menular di platform media sosial terutamanya Facebook.

Terbaharu, ada pihak menggunakan golongan influencer untuk menyebarkan ideologi antivaksin dalam kalangan orang ramai sehingga memaksa Facebook menutup atau menyekat akaun terbabit.

Menurut Facebook, pihaknya mengesan satu rangkaian yang mempunyai ratusan akaun Facebook dan Instagram untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat keras kepala, masih enggan disuntik vaksin meskipun ibu bapa mati akibat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: 2 lelaki pengsan selepas terima vaksin kerana terlalu lapar

Firma itu berkata rangkaian tersebut menjadikan India, Amerika Latin dan Amerika Syarikat (AS) sebagai saran untuk penyebaran berita palsu tentang Covid-29.

Dalam laporan terbaharu Facebook, rangkaian tersebut didalangi oleh agensi pemasaran influencer, Fazze yang berdaftar di Britain dan mempunyai kaitan dengan syarikat berpangkalan di Rusia, Adnow.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setakat ini, Facebook menyekat 65 rangkaian akaun Facebook dan 243 akaun Instagram dari Rusia yang didapati menyebarkan konten antivaksin Covid-19 dengan menggunakan melibatkan influencer.

Mengulas tindakan tersebut, gergasi media sosial itu berkata, Fazze menjalankan modus operandi dengan menyiarkan artikel yang mengelirukan di platform popular seperti Reddit, Medium dan Change.org selain menggunakan akaun palsu di Facebook dan Instagram untuk memperkuatkan konten antivaksin.

Pada masa sama, Facebook mendedahkan bahawa modus operandi syarikat dari Rusia itu bermula dengan pendaftaran sejumlah akaun palsu pada tahun 2020 dari Bangladesh dan Pakistan serta India.

Konten pertama disiarkan pada November tahun sama dengan menggambarkan tentang bahayanya vaksin AstraZeneca kerana vaksin itu menggunakan gen dari cimpanzi.

Malah mereka juga cuba menakut-nakutkan orang ramai apabila menggunakan adegan filem Planet of the Apes yang disiarkan pada tahun 1968, kononnya mendakwa penerima vaksin AstraZeneca akan berubah menjadi cimpanzi. - BBC

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

antivaksin, Covid-19

Artikel Lain