suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bercinta sejak zaman kanak-kanak, pengantin maut kemalangan selepas tamat majlis resepsi

Lebih pilu, Dhondup baru sahaja berkahwin dengan suaminya yang sudah dikenali dan rapat sejak zaman kanak-kanak lagi.

SEORANG wanita maut dalam kemalangan jalan raya, beberapa jam selepas dia melangsungkan perkahwinan pada pagi Sabtu lalu.

Angelica Dhondup, 26, maut apabila kereta yang dinaikinya dihimpit oleh seorang pemandu mabuk, Manaure Gonzalez-Rea, 36, dalam kejadian yang berlaku di Utah, Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian itu, Dhondup menaiki kereta Toyota Corolla yang dipandu oleh sepupunya yang berusia 20 tahun.

Akibat rempuhan, sepupunya turut mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, Dhondup dan sepupunya dalam perjalanan ke rumah untuk menyimpan hadiah kahwin dan merancang untuk kembali ke parti perkahwinannya.

Lebih pilu, Dhondup baru sahaja berkahwin dengan suaminya yang sudah dikenali dan rapat sejak zaman kanak-kanak lagi.

Pemandu terlibat turut ditahan pada pagi Sabtu dan mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk. - Daily Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain