suria

Kolej pengasuh elit termahal di dunia

KOLEJ Norland lahirkan pengasuh termahal dunia sejak 120 tahun lalu. — AGENSI.

KERJAYA sebagai seorang pengasuh kanak-kanak memerlukan kesabaran dan kemahiran dalam melakukan pelbagai tugasan serta tidak mudah untuk dilakukan oleh semua orang.

Mengambil kira perkara tersebut, sebuah kolej di England menawarkan program pengajian yang melatih pengasuh secara khusus sejak lebih 120 tahun lalu.

Kolej Norland ditubuhkan oleh Emily Ward sekitar akhir 1800-an selepas wanita tersebut menyedari tiada latihan penjagaan kanak-kanak secara rasmi ketika itu.

Sejak itu, kolej berkenaan banyak 'melahirkan' pengasuh yang berkhidmat untuk pelbagai klien termasuk keluarga Diraja Britain dan golongan berada.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh Siti Aafiyah jawab tuduhan ‘suka hati’ rentas negeri - “Lepas nikah selesai di Pulau Pinang, saya ikut suami pulang ke Terengganu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Bayi 9 bulan diliwat, dibunuh suami pengasuh

Gaji yang diterima oleh graduan kolej itu juga tinggi sehingga boleh mencecah AS$170,000 (RM718,845) setahun.

Nilai itu adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding purata gaji yang diterima oleh pengasuh biasa di United Kingdom (UK).

Setiap pelajar perlu menjalani program pengajian selama empat tahun di kolej berkenaan dan mereka harus membayar kira-kira AS$20,000 (RM84,570) setiap tahun.

Mereka perlu mempelajari pelbagai kemahiran seperti cara menguruskan kemarahan, menjalani latihan mempertahankan diri dan juga belajar tentang keselamatan siber.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun terpaksa membayar yuran pembelajaran yang terlalu mahal, setiap graduan Norland mempunyai prospek cerah untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi sekurang-kurangnya kira-kira AS$40,000 (RM169,140) sebulan selepas menamatkan pengajian.

Graduan Norland bukan sahaja menerima permintaan yang tinggi di London tetapi juga di luar England seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan negara Asia Barat. - Oddity Central

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

kolej, pengasuh

Artikel Lain