suria

Pengasuh Siti Aafiyah jawab tuduhan ‘suka hati’ rentas negeri - “Lepas nikah selesai di Pulau Pinang, saya ikut suami pulang ke Terengganu”

Dayah sudah tiga tahun mengasuh anak Siti Nurhaliza.

SELEPAS lebih seminggu mendirikan rumah tangga, pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nur Hidayah Zubit akhirnya berani menjawab tuduhan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut Nur Hidayah, 25, perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang bagi melangsungkan pernikahan mendapat kebenaran pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus dikompaun langgar SOP majlis tahnik... Tokti dan Datuk K kena bayar RM20, 000

"Saya pulang ke Pulau Pinang sebelum arahan lockdown. Ikut perancangan awal saya sepatutnya bernikah pada 4 Jun tapi terpaksa awalkan pada 31 Mei disebabkan total lockdown. Kiranya panic nikah juga la, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

"Polis beri kebenaran sebab memang kami dah lama planning dan memang dah ada tarikh nikah pun. Rasanya kalau orang tu tiba-tiba nak balik bernikah mungkin mereka tidak akan benarkan.

Nur Hidayah bakal berjauhan dengan dan suami atas faktor kerja.

"Memang tiada sebarang majlis diadakan. Cuma saya, suami, bapa sebagai wali dan juru nikah sahaja berada di Pejabat Agama Seberang Perai Utara," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini kecoh dalam kalangan netizen apabila Nur Hidayah yang juga pengasuh kepada Siti Aafiyah itu merentas negeri ke Pulau Pinang bagi tujuan melangsungkan pernikahan.

Lebih menimbulkan keresahan apabila isteri kepada pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali ini didapati bergerak pula ke Pantai Timur.

Sangat terharu apabila Siti Nurhaliza cakap dia nak beri hadiah baju kahwin untuk saya.

NUR HIDAYAH ZUBIT

PENGASUH SITI AAFIYAH

Bagaimanapun jelas Nur Hidayah dia juga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa atas alasan mengikut suami.

"Lepas majlis nikah selesai, saya pun terus ikut suami pulang ke Terengganu sebab dia kerja di sini.

"Majlis sebelah pihak suami sepatutnya diadakan pada Sabtu ini (11 Jun) tapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain nanti," katanya yang kini masih berada di Terengganu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu bercerita mengenai baju pengantin rekaan Rizman Ruzaini tajaan Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, dia akui bertuah dikurniakan majikan yang baik.



Suami Nur Hidayah merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II.

"Saya sangat terharu apabila Mak Iti (Siti Nurhaliza) cakap dia nak beri baju kahwin, pada mulanya saya malu juga. Tapi dia cakap anggap sebagai hadiah kahwin sebab tak boleh nak pergi majlis.

"Lepas itu, memang saya deal sendiri dengan Rizman Ruzaini berkenaan rekaan macam mana yang saya nak... tapi memang saya tak tahu berapa kos baju tersebut.

"Orang kata dikurniakan seorang majikan yang baik juga adalah rezeki... Alhamdulillah," katanya.

Bercakap mengenai tugasnya sebagai pengasuh kepada Aafiyah, Nur Hidayah berkata dia akan meneruskan tanggungjawabnya termasuk komitmen terbaharu iaitu menjaga anak kedua Siti, Muhammad Afwa yang dilahirkan pada 19 April lalu.

Nur Hidayah bersyukur dikurniakan majikan yang baik seperti Siti Nurhaliza.

"Walaupun sudah berkahwin, saya masih bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak Siti Nurhaliza.

"Sebelum kahwin lagi, memang saya dan suami dah berbincang tentang hal ini dan kami akan berjauhan disebabkan pekerjaan masing-masing.

"Buat sementara ini, saya masih lagi berada di Terengganu disebabkan total lockdown. Mungkin lepas ini saya akan bincang dengan Siti mengenai keperluan untuk dapatkan surat sebabkan saya bekerja di Kuala Lumpur," ujarnya.

Nurhidayah yang merupakan graduan bidang kejururawatan daripada sebuah kolej di Pahang ini mula berkhidmat sebagai pengasuh Aafiyah sejak tahun 2018.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain