suria

Dirakam ketika PKPP, polis tak buka siasatan terhadap ‘All Together Now Malaysia’

ATNM dihoskan pengacara terkenal, Sherry Alhadad.

SUSULAN dakwaan program All Together Now Malaysia (ATNM) melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis menjelaskan tiada sebarang kertas siasatan dibuka berikutan rancangan itu telah dirakam sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, selepas semakan dilakukan, ATNM didapati telah dirakamkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ARTIKEL BERKAITAN: All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

"Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu PKPP sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

"Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka," katanya memetik laporan sebuah portal berita.

Dafi yang merupakan anak Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut bertindak selaku juri ATNM.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, ATNM terpaksa dihentikan tayangan buat sementara waktu sehingga siasatan berkaitan dakwaaan berlakunya pelanggaran SOP selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu PKPP sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

ASISTEN KOMISIONER MOHD FADZIL ALI

KETUA POLIS DAERAH PUTRAJAYA

Program kendalian Sherry Alhadad itu menjadi tular di media sosial pada Isnin selepas netizen tidak berpuas hati dengan penggendalian rancangan tersebut yang dikatakan melanggar SOP di sebalik negara sedang berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19.

ATNM merupakan program realiti nyanyian terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Program yang baharu bersiaran episod pertamanya pada Ahad lalu itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now terbitan syarikat penyiaran United Kingdom, BBC One.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain