suria

Longgar SOP sebab Dafi anak Ismail Sabri? Anak menteri tiada layanan istimewa - “Saya pun rakyat Malaysia, boleh kena tindakan”

Dafi sedia menerima sebarang tindakan jika didapati bersalah melanggar SOP.

SUSULAN dakwaan program All Together Now Malaysia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penyanyi Dafi turut terkena tempias kerana menjadi salah seorang daripada 50 juri dalam kalangan selebriti.

Nama Dafi menjadi bualan apabila netizen mengaitkan kedudukan bapanya iaitu Datuk Seri Ismail selaku orang yang cukup sinonim dengan SOP ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun menurut Dafi, sebagai rakyat Malaysia dia tidak terkecuali daripada sebarang hukuman jika didapati bersalah melanggar SOP ketika menyertai program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira siapa, tindakan akan diambil jika langgar SOP termasuk anak saya - Ismail Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

"Berkenaan apa yang bapa saya cakap itu memang betul, bukan fasal isu ini sahaja... saya pun rakyat Malaysia juga, so if orang lain kena (tindakan), saya pun boleh. Tiada sebarang layanan istimewa sebab anak menteri.

"Yang berjasa untuk negara itu dia, saya ni siapa? Tiada sebab saya dapat layanan istimewa pun. Saya cakap secara general bukan isu ini sahaja," ujarnya kepada mStar pada Rabu.

Penglibatan Dafi dalam program berkenaan dikecam netizen.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 33, berkata demikian bagi mengulas kritikan netizen yang mempersoalkan penglibatannya dalam program hiburan All Together Now Malaysia yang dihentikan tayangan selepas satu episod.

Pada Selasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Dalam pada itu, Dafi turut bersetuju kenyataan pihak Astro bahawa kesemua artis terlibat mematuhi peraturan sepanjang penggambaran dilakukan.

Apa yang bapa saya cakap itu memang betul, saya pun rakyat Malaysia, if orang lain kena (tindakan) saya pun boleh.

DAFI ISMAIL

PENYANYI

Bagaimanapun, dia enggan mengulas panjang berikutan perkara itu masih dalam siasatan.

"Benda ini akan disiasat jadi biar mereka jalankan tugas mereka, selebihnya berkaitan program lebih baik tunggu kenyataan pihak Astro," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, media sosial penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini diserang netizen yang kurang senang dengan penglibatannya dalam program berkenaan.

Rata-rata netizen mendakwa Dafi menggunakan statusnya sebagai artis dan anak menteri untuk menyertai program berkenaan.

Antara komen netizen luah rasa idak puas hati pada Instagram milik Dafi.

"SOP hanya untuk orang susah macam kita... anak menteri dan artis tak apa, semua dibolehkan. Orang punya penat duduk rumah nak putuskan rantaian.

"Anak menteri memang boleh la.. Nak itu ini on sahaja," antara komen netizen pada ruang komen Instagram miliknynya.

Pada Rabu, Ismail selaku Menteri Kanan Keselamatan memberitahu program itu tidak akan terkecuali daripada berdepan tindakan jika didapati bersalah meskipun anaknya turut terlibat.

Beliau memberi jaminan bahawa undang-undang itu akan diterapkan secara adil kepada semua orang.

Kenyataan Ismail Sabri berikutan kritikan yang dilontarkan pada rancangan TV realiti yang memaparkan banyak juri selebriti, termasuk anaknya Gaddafi Ismail Sabri didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain