suria

Nadhir Nasar tegur rakan pelakon ambil banyak ‘job’ dalam satu masa - “Mereka tak beri all out... bawa watak tiada jiwa”

Nama Nadhir semakin dikenali menerusi lakonan cemerlangnya dalam Projek: Anchor SPM.

PELAKON baharu, Nadhir Nasar menegur tindakan segelintir rakan seangkatannya yang gemar mengambil dua atau tiga tawaran berlakon sekali gus mengganggu kualiti kerja mereka.

Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 25, berkata, perkara itu akan menjejaskan kerja mereka sekiranya tidak berjaya 'memisahkan' watak-watak tersebut sehingga kelihatan tidak mempunyai jiwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Nadhir Nasar tiba-tiba jadi kegilaan gadis? Watak Hilmi Projek Anchor SPM bikin ramai tak keruan...

"Saya tak gemar bila ada beberapa pelakon baharu yang tidak mengambil serius akan bidang lakonan dan tak beri all out bila berlakon.

"Malah ada juga yang ambil dua atau tiga job sekali gus... kalau you rasa tak boleh handle, cuba fokus pada satu-satu job dahulu agar karakter dan lakonan yang dibawakan itu sampai kepada penonton.

Walaupun baharu dalam bidang lakonan, lakonan Nadhir mendapat pujian ramai pihak.

"Fame is not everything, untuk jadi pelakon yang bagus kena ada skills yang bagus," katanya ketika dihubungi mStar.

Nama Nadhir mula menjadi perhatian selepas lakonannya dalam drama siri Projek: Anchor SPM mendapat pujian ramai biarpun baharu sahaja setahun terlibat dalam bidang lakonan.

Pelakon-pelakon lama kena banyak buat acting class tak kisah free atau berbayar agar pelakon baharu jangan rasa masuk tv untuk glamor semata-mata.

NADHIR NASAR

PELAKON

Pelakon yang mengagumi bakat Beto Kusyairy dan Bront Palarae ini juga berpendapat kelas lakonan yang dianjurkan aktres Nabila Huda adalah satu inisiatif bagi memberi kesedaran kepada pendatang baharu tentang realiti industri lakonan sebenarnya.

Nadhir berkata kelas sebegitu sangat penting agar pelakon generasi baharu sepertinya tidak terlalu dibuai dengan kemasyhuran dunia glamor semata-mata.

Selain Beto Kusyairy, Nadhir turut mengagumi bakat Bront Palarae.

"Saya tahu Nabila Huda ada buat kelas lakonan secara percuma baru-baru ini, bagi saya ia satu langkah yang bagus untuk buka minda pelakon-pelakon baharu sekarang.

"Saya tahu saya pun masih setahun jagung dalam industri, tapi saya sendiri pernah berhadapan dengan pengalaman bila pelakon baru masuk set tak ready apa-apa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi saya ilmu lakonan yang diajar pelakon senior memang sangat perlu dan berguna untuk pelakon baharu supaya mereka tahu yang berlakon ini menuntut komitmen yang tinggi, bukan sekadar nak glamor muka keluar tv sahaja," ujarnya.

Graduan jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini memulakan langkahnya dalam bidang seni selepas memenangi gelaran Hero Remaja 2020.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain