suria

Shalma Eliana ‘target’ kahwin umur 25 tahun, sudah ada ‘plan’ masa depan dengan Ismail Izzani - “Mak, ayah suruh habiskan dulu ijazah”

Shalma dan Ismail sudah dua tahun bercinta.

IMPIAN penyanyi Shalma Eliana untuk melanjutkan pengajian ke luar negara masih belum berkubur biarpun situasi semasa dunia yang tidak menentu disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Jika diikutkan pada perancangan asal, Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, 21, sepatutnya sudah berhijrah ke luar negara selama dua tahun untuk memulakan pengajian peringkat ijazah pada awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu cinta jadi penghalang, Ismail Izzani sedia ‘lepaskan’ kekasih belajar luar negara

"Sepatutnya saya sambung belajar di luar negara tahun ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 perkara ini terpaksa ditanngguhkan dahulu.

"Rancangan itu masih on-going cumanya saya kena tengok juga situasi macam mana nanti... by next year saya akan pergi juga.

"Saya masih lagi fikir ada beberapa jurusan yang saya minat antaranya Komunikasi & Media atau bidang Perniagaan memandangkan saya pun ada usahakan bisnes di sini," katanya kepada mStar.

Shalma Eliana akan sambung pengajian dalam bidang Komunikasi atau Perniagaan.

Sementara itu mengulas mengenai hubungannya dengan penyanyi Ismail Izzani, 21, Shalma berkata dia ada berbincang dengan teman lelakinya itu tentang rancangan masa hadapan mereka bersama memandangkan kedua-duanya cukup serius dengan hubungan ini.

"Kami dah ada plan untuk masa depan, tapi untuk bertunang atau berkahwin... ia bukan dalam masa terdekat.

Rancangan itu masih on-going cumanya saya kena tengok juga situasi macam mana nanti... by next year saya akan pergi juga.

SHALMA ELIANA

PENYANYI

"Saya pun target mungkin kahwin dalam umur 25 tahun... kita tak tahu. Mak dan ayah pun suruh saya habiskan dulu pengajian ijazah sebelum nak kahwin," katanya pada sidang media virtual pelancaran dua single terbaharunya, Rambang dan Naik kolaborasi bersama penyanyi rap, Abubakarxli, baru-baru ini.

Shalma mahu kahwin umur 25 tahun.

Menerusi laporan mStar pada Disember lalu, Ismail telah menghadiahkan kekasihnya itu sebentuk cincin berlian sebagai tanda 'janji setia' terhadap hubungan mereka.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan seni, Shalma berkata dia enggan statik di zon selesa sebaliknya ingin mencuba pelbagai jenis muzik agar dapat menyerlah sisi versatilnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya macam orang lain juga akan cuba buat benda yang kita suka. Itulah prinsip dan pegangan saya.

"InsyaAllah saya takkan buat sesuatu hanya kerana orang lain mahu atau sebab nak tular mahupun mengecap populariti sekelip mata.

"Jika ia mengambil masa sekalipun untuk saya mencuri perhatian, itu tidak sesekali mengubah niat perjuangan seni ini," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A