suria

Kejam! Bayi 9 bulan diliwat, dibunuh suami pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan maut diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya pada 27 April yang lalu. Gambar hiasan

TAK berperikemanusiaan!

Itulah perkataan sesuai terhadap jenayah kejam yang dilakukan terhadap seorang bayi berusia 9 bulan selepas polis mengesahkan mangsa diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya pada 27 April yang lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh mendapati kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur mangsa.

"Ketika itu, mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Selasa.

Menurutnya, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.

"Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selain itu, terdapat juga beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat benda tumpul," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki maut dipercayai didera oleh pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain