suria

Hampir 4,000! Jangkitan baharu 3,973, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi... 22 angka korban

Malaysia merekodkan 3,973 kes baharu, menjadikan keseluruhan 448,457 kes setakat Selasa.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,973 kes baharu, menjadikan keseluruhan 448,457 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 38,499 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,973 kes baharu yang dilaporkan, 3,968 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih melebihi 3,000! Jangkitan baharu 3,807, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,328 kes, diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (483).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 22 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,722 kes," katanya dalam sidang media pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 2,848 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 408,236 kes.

"Sehingga kini, terdapat 453 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 224 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain