suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih melebihi 3,000! Jangkitan baharu 3,807, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 3,807 kes baharu pada Isnin.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,807 kes baharu, menjadikan keseluruhan 444,484 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,396 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,807 kes baharu yang dilaporkan, 3,802 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan baharu menurun kepada 3,733, Malaysia rekod angka korban tertinggi dengan 26 kes kematian

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,149 kes, diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329).

Perlis pula merekodkan tiga kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 17 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,700 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 3,454 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 405,388 kes.

"Sehingga kini, terdapat 434 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 224 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain