suria

Nik Abduh nafi anak punca varian ganas South Africa B.1.351 serang Kelantan - “Memang betul dia belajar di Afrika Selatan”

Nik Abduh berkongsi kegembiraannya menyambut kepulangan anak sulungnya yang pulang bercuti dari Afrika Selatan di FB.

KECOH mengenai Covid-19 varian South Africa B.1.351 menyerang Kelantan, sehingga Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terkena tempiasnya apabila anaknya didakwa pembawa virus varian itu.

Ahli Parlimen Bachok itu bagaimanapun menafikan anaknya membawa 'pulang' virus Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung sebagaimana yang tular di Facebook pada Ahad.

Nik Mohamad Abduh berkata, mengikut makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) varian itu telah menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster.

"Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Pelajar umur 16 tahun jadi punca, varian ganas South Africa B.1.351 serang Kelantan

"Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menyebarkan berita palsu tersebut.

"Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada 5 April lalu, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu memuat naik status di entri laman sosial miliknya berkongsi kegembiraannya menyambut kepulangan anak sulungnya yang pulang bercuti dari Afrika Selatan.

Bagaimanapun, pada Ahad tular tangkap layar Facebook yang mempersoalkan kepulangan anak sulung Nik Mohamad Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuarantin atau tidak. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain